Tuesday 24 January 2012

KEPUTUSAN PADA 14 JANUARI 2012

Salam buat semua peserta kayuhan Sungai Selangor Endurance Ride 2012..

Keputusan kedudukan untuk setiap peserta telah dimuat naik..Sila semak

Harap dimaafkan diatas kelewatan dan ketidakcekapan pihak kami didalam penyediaan keputusan ini.

Bagi yang tiada no kedudukan bukan bermakna tidak habis kayuhan cuma pihak kami tidak dapat mengemaskini data disebabkan oleh kebanjiran peserta terawal dikawasan mula/ tamat.Harap Maaf..Pihak kami akan berusaha dengan lebih gigih bagi menyediakan status kedudukan setiap peserta bagi penganjuran akan datang...

Akhir kata, TAHNIAH buat semua peserta " TIADA YANG KALAH DALAM PENGANJURAN KALI INI. APA YANG BAIK BUKANLAH DARIPADA KAMI DAN YANG LEMAH AKAN KAMI PERBAIKI."

Sekian dulu, Terima Kasih.

Fahmi b Mohd Tauhid..

Monday 16 January 2012

Makluman

Salam buat kesemua peserta dan pengiring yang hadir ke Kayuhan ' Sungai Selangor Endurance Ride 2012' pada hari Sabtu, 14 Januari 2012.

Pembuka kata, Tahniah kepada para pemenang dan yang tidak berjaya tidak mengapa, anda tetap pemenang kerana berjaya mengatasi cabaran terhebat iaitu diri kita sendiri. TAHNIAH !!!!

Sebagai orang baru dan pertama kali di dalam bidang penganjuran besar seperti ini, saya mohon berjuta kemaafan diatas cacat cela, kurangnya pengalaman dan banyak lagi kekurangan sepanjang acara ini berlangsung sebelum, semasa dan selepas..

Bagi kesulitan berkenaan Jersey, kami menghadapi masalah dalaman yang tidak dapat kami elakkan. Kami akan menyelesaikan masalah ini satu persatu hingga selesai.

Akhir kata, terima kasih di atas segala teguran, kritikan dan tunjuk ajar yang telah diberikan. Diharap dapat memberi kami ruang untuk memperbaiki kelemahan kami agar kami dapat memberikan penganjuran yang terbaik di masa akan datang ( itu pun jika mendapat permintaan )

Buat SmartNature Resources , Kami mengucapkan berbanyak terima kasih diatas usaha dan tenaga bagi menjayakan acara ini. Diharap kita dapat bekerjasama diacara akan datang..

Sekian, Terima Kasih,

Fahmi Mohd Tauhid

p/s : minta maaf diatas kelewatan membalas , menjawab segala pertanyaan / kemusykilan. Baru ' recover ' setelah 2 bulan membuat persiapan..

Friday 13 January 2012

Makluman Terkini

Untuk makluman semua peserta dikehendaki untuk membuat check in di kaunter yang disediakan.
Kaunter pendaftaran akan dibuka seawal jam 6.30 pagi untuk urusan pembayaran dan pengambilan goodies.

Perlepasan peserta akan dijalankan mengikut kategori

Kategori Lelaki Terbuka : 8.00 pagi

Kategori Veteran : 8.05 pagi

Kategori Wanita & Junior : 8.10 pagi.

Maklumat mengenai laluan trail akan disediakan didalam goodies.

Goodies Peserta.

Para peserta yang lewat mendaftar tidak akan mendapat Jersey tetapi akan digantikan dengan T-Shirt berjenama Adidas F50 ( selagi stok masih ada ).

Sekian, Harap Maklum

Monday 19 December 2011

Makluman

Laluan Terkini Sg. Selangor Phase 2 Endurance Ride.
Laluan di atas adalah laluan rasmi untuk 14 Januari 2012 setelah mengambil kira maklumbalas, penelitian dan perincian urusetia setelah percubaan laluan kali pertama pada 24 Disember 2011. Terima kasih kepada yang sudi memberikan maklumbalas demi kesejahteraan dan keselamatan kita bersama.

Sehubungan dengan itu, laluan terbaru ini akan dibuka untuk percubaan kali 2 pada 08 Januari 2012 (Ahad). Pada sessi percubaan ini, para peserta akan dilepaskan seperti event sebenar bagi menguji tanda arah 'marking' yang disediakan.

Dijemput para peserta untuk bersama - sama mencuba sambil memberikan maklumbalas kepada kami untuk kami perbaiki agar kami dapat memberikan penganjuran yang terbaik untuk anda semua..

Sebagai makluman, diharapkan para peserta dapat membawa bekalan air & ' light snack ' secukupnya di dalam sessi percubaan ini.Kami akan menyediakan marshall, peti kecemasan (first aid ), sweeper & 4WD sahaja.

Para peserta dikehendaki mengisi borang check in / check out untuk tujuan keselamatan.Borang maklumbalas akan disediakan.Sila maklum kepada kami maklumat / cadangan agar kita dapat menjadikan kayuhan sebenar, kayuhan yang bermakna dan menyeronokkan untuk kita semua..

GPS koordinat untuk lokasi berkumpul  N 03 20' 58.5" E 101 25' 33"
Tempat berkumpul di Dewan Kuarters Loji Rawatan Air Sg. Selangor Fasa II
Jangkaan bergerak 8.00 - 8.15 pagi..

 Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di nombor 012 - 2130875

Sekian, Terima Kasih.
Fahmi Mohd Tauhid.