Monday, 19 December 2011

Makluman

Laluan Terkini Sg. Selangor Phase 2 Endurance Ride.
Laluan di atas adalah laluan rasmi untuk 14 Januari 2012 setelah mengambil kira maklumbalas, penelitian dan perincian urusetia setelah percubaan laluan kali pertama pada 24 Disember 2011. Terima kasih kepada yang sudi memberikan maklumbalas demi kesejahteraan dan keselamatan kita bersama.

Sehubungan dengan itu, laluan terbaru ini akan dibuka untuk percubaan kali 2 pada 08 Januari 2012 (Ahad). Pada sessi percubaan ini, para peserta akan dilepaskan seperti event sebenar bagi menguji tanda arah 'marking' yang disediakan.

Dijemput para peserta untuk bersama - sama mencuba sambil memberikan maklumbalas kepada kami untuk kami perbaiki agar kami dapat memberikan penganjuran yang terbaik untuk anda semua..

Sebagai makluman, diharapkan para peserta dapat membawa bekalan air & ' light snack ' secukupnya di dalam sessi percubaan ini.Kami akan menyediakan marshall, peti kecemasan (first aid ), sweeper & 4WD sahaja.

Para peserta dikehendaki mengisi borang check in / check out untuk tujuan keselamatan.Borang maklumbalas akan disediakan.Sila maklum kepada kami maklumat / cadangan agar kita dapat menjadikan kayuhan sebenar, kayuhan yang bermakna dan menyeronokkan untuk kita semua..

GPS koordinat untuk lokasi berkumpul  N 03 20' 58.5" E 101 25' 33"
Tempat berkumpul di Dewan Kuarters Loji Rawatan Air Sg. Selangor Fasa II
Jangkaan bergerak 8.00 - 8.15 pagi..

 Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di nombor 012 - 2130875

Sekian, Terima Kasih.
Fahmi Mohd Tauhid.

4 comments:

  1. Kul berapa nak start?..and kat mana mana nak kumpul?

    ReplyDelete
  2. Kalau boleh bagi coordinate GPS. Senang nak cari tempat berkumpul.

    ReplyDelete
  3. Sharekan laluan trail ke dalam Garmin Connect atau application lain. Tq.

    ReplyDelete