Monday, 16 January 2012

Makluman

Salam buat kesemua peserta dan pengiring yang hadir ke Kayuhan ' Sungai Selangor Endurance Ride 2012' pada hari Sabtu, 14 Januari 2012.

Pembuka kata, Tahniah kepada para pemenang dan yang tidak berjaya tidak mengapa, anda tetap pemenang kerana berjaya mengatasi cabaran terhebat iaitu diri kita sendiri. TAHNIAH !!!!

Sebagai orang baru dan pertama kali di dalam bidang penganjuran besar seperti ini, saya mohon berjuta kemaafan diatas cacat cela, kurangnya pengalaman dan banyak lagi kekurangan sepanjang acara ini berlangsung sebelum, semasa dan selepas..

Bagi kesulitan berkenaan Jersey, kami menghadapi masalah dalaman yang tidak dapat kami elakkan. Kami akan menyelesaikan masalah ini satu persatu hingga selesai.

Akhir kata, terima kasih di atas segala teguran, kritikan dan tunjuk ajar yang telah diberikan. Diharap dapat memberi kami ruang untuk memperbaiki kelemahan kami agar kami dapat memberikan penganjuran yang terbaik di masa akan datang ( itu pun jika mendapat permintaan )

Buat SmartNature Resources , Kami mengucapkan berbanyak terima kasih diatas usaha dan tenaga bagi menjayakan acara ini. Diharap kita dapat bekerjasama diacara akan datang..

Sekian, Terima Kasih,

Fahmi Mohd Tauhid

p/s : minta maaf diatas kelewatan membalas , menjawab segala pertanyaan / kemusykilan. Baru ' recover ' setelah 2 bulan membuat persiapan..

2 comments:

  1. Tahniah kepada penganjur kerana acara berjalan dengan lancar tanpa ada banyak kesilapan. Water station yang banyak melegakan kami yang berkayuh sewaktu bahang matahari yang membakar kulit. Trail yang agak mencabar terutama di beberapa bukit gondol walaupun ada ketikanya kayuhan tersekat sekat oleh kerana traffic jam yang teruk ketika melalui titi dan singla trail. walaubagaimanapun penganjuran yang terbaik. Kalau nak syok lagi, buat dalam bulan november atau disember sbb tidak terlalu panas dan trail akan menjadi sedikit becak akibat hujan. Ini lebih mencabar.

    ReplyDelete
  2. ok bro..Terima kasih diatas dorongan dan penyertaan untuk kayuhan anjuran kami..Kami akan berusaha lebih kuat untuk memperbaiki kelemahan bagi penganjuran akan datang..Insyallah...

    By the way, tahniah dan terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete